Wednesday, 16 January 2013

jgn sembah Allah hya di tepi

Dengan Nama Allah yang tidak pernah menganiaya hamba-hambanya, yang maha penyayang dalam kalangan segala yg penyayang. Yang lebih mencintai kita daripada seorang ibu mencintai anak kecilnya.

Dalam ramai2 manusia ni, ada yang menyembah Allah sekadar di tepi. Peluk Islam separuh2. Main2. "Apa ni, tak faham". Ok, maknanya, dia sembah Allah sebagai tuhan, tapi kantoi yang sebenanyer dia sendiri pun tak brape yakin bahawa Allah tu tuhan dia. Perasan tak? Tak? Ok, sblom koi bagi contoh jauh2, tak yah la. Kita tgok contoh yg dekat2 je. Tengok orang yang paling dekaaat dengan kita. Sape lagi? Kitalah! hahaha
Krik krik krik. "errr... tak lawak pun". Uhuk uhuk Uhurm, ok

Dalam bab agama pun, kita
"Alah, sekali sekala buat dosa, apa salahnya"
"Tak payah la boikot2 ni. Bukan ada efek pun."
"Eh! ko sakit yea? Jom pergi jumpa doktor. Nah makan ubat"
"Alah, couple2 sikit2 je. Mana ada pegang2. Siap mesej2 bende2 islamik lagi. Dah kenal hati budi, baru senang sikit nak kawen nanti"
ekeke.Yang last tu takleh bla.

Bab kawin nak ikut islam, tapi bab pergaulan laki pompuan tak jaga.
Kalau pergi supermarket, tiba2 sesat ke bahagian arak atau "pork" , kita rasa mnggelabah nak klua cepat2. "Ish, orang islam mana boleh makan daging babi, haram". Tapi, bila orang ajak blanja McD, belanja pekena Nescafe cmpur Milo, ajak goreng Maggie, laju je.
Kalau masa ramai orang, solatnye fuhhh. Katak masuk dalam baju pun dia boleh kool. Tapi bila kat umah, kalau solat zuhur tu 4 minit, maka 240 saat dia berkerut dahi memikir ke hal dunia dia. Sebut "Allah maha besar" klua kat mulut masa takbir, tapi hati tengah main teng2 kat bulan nuh.
Dekat fb nak post bende2 baik sokmo. Tapi kan dunia sebenar ... (urk...Dwarven Sniper buat Ulti kat Heart of Tarrasque)

Jom, kita pikir kejap. Kalau kita tanya budak kecik, puasa dengan smayang mana lg senang? Mesti smayang kan? smayang 5 minit je, puasa setengah hari.
Tapikan ... errr ... (main2 jari) kenapa ramai orang puasa tapi smayang tak cukup eh?

Sebab, dia hanya sembah Allah di tepi barangkali. Islam separuh2.Dia memikirkan pandangan manusia lebih drpd pandangan tuhan. Dia malu kalau kantoi ponteng kelas dgn mama dan papa, tapi tak malu masa ponteng tu Allah tgok dia. Dia malu kalau orang tahu dosa2 dia, tapi tak malu pun dgn Allah yg tgok setiap apa yg dia buat.

"Dan di antara manusia, ada yang menyembah Allah hanya di tepi; maka jika dia memperoleh kebajikan, dia berasa puas dan jika dia ditimpa dengan sesuatu cubaan, dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan akhirat. Itulah kerugian yang nyata. [al-Hajj, 22:11]

note : saya tidak mnafsir ayat di atas ya. Saya cuma mmbebel atas apa yg saya "trlintas" setelah mmbaca ayat trsebut

Wednesday, 2 January 2013

Story of sisters main masak2 - (Terima kasih Ya Allah)

Aminah sedang duduk di rumah, main masak2 dengan adiknya yang berumur 13 tahun. Sebanarnya dia sedang runsing kerana perlu bersedia untuk pertandingan pidato bahasa melayu di sekolah yang bertajuk Bioteknologi dan Nanoteknologi membantu kehidupan manusia dalam bidang perubatan. Wah, langsung dia tidak tahu apa2 mengenai tajuk itu. Tiba2 ...
"AUMMMM!! MAKAN BUDAK!!"
err... itu adalah bunyi telefon bimbitnya yang menandakan ada mesej baru masuk. Dia pun membaca mesej daripada kawannnya itu.

"Salam. Minah, haritu kau carik teks pidato untuk menatang bioteknogi-apa-entah tu kan? Ha, aku dah jumpa dan dah emelkan kat kau." - mesej daripada teman baiknya, Aminah (kebetulan nama sama. ).

Waah ... bersinar-sinar mata Aminah selepas membaca mesej itu. "Terima kasih" , ucapnya secara spontan.
"Kakak, kenapa kakak ucap terima kasih pada henset tu pulak?" Adiknya menyampuk memecahkan suasana. "Ish, mana ada. Akak nak ucap terima kasih pada kawan akak ni, sbb dia dah tolong akak cari teks pidato." Jawab Aminah mempertahankan intergriti dirinya.

"Oooh. Ingatkan da gila tadi. Hehek." ujar adiknya nakal. "Memang la gila, henset ni bukan buat pape pun. Kawan akak tu yang baik hati, tolong akak cari teks. Takkan la akak nak terima kasih pada henset ni pulak?" balas kakaknya yang turut ketawa.

"Betul tu kak. Haha. Teringat pulak adik kat perangai manusia ni. Ye la, bila ada orang bagi nasihat kat dia, dia pun berterima kasih pada penasihat tu je, tak terima kasih pun kat Allah, padahal Allah yang temukan dia dgn penasihat tu. Bila ada orang beri hadiah kat dia, dia terima kasih kat orang tu jugak. Dia lupa bahawa rezeki tu semua milik Allah dan datang dari Allah. Bila ada orang selamatkan dia dari masalah, dia terima kasih pada orang tu jugak dan lupa pada Allah. Sedangkan Allah yang selamatkan dia, tapi melalui orang tu."

Fiuuu .... Krik2 ... krik2 ... ark! ark! ark!
(bunyi angin bertiup, cengkerik, dan burung gagak)

"Derhaka betul manusia ni kan akak?" , kata adiknya yang masih tersenyum atas kelucuan gelagat manusia di atas muka bumi yang sering melupakan tuhannya.

- Story by me -

Oh ya, jangan pula kita tidak berterima kasih pada manusia. Cuma, berterima kasih kepada Allah itu lebih penting. 

Seorang pendeta pada abad 12 masihi berkata : Semasa aku masih muda, aku mahu mengubati dunia. Namun kemudian, aku dapati agak sukar untuk mngubah dunia, jadi aku cuba mngubah bangsaku. Apabila aku dapati aku tidak boleh mengubah bangsaku, aku mula mnumpukan pada kotaku. Aku masih belum mampu mngubah kota itu walaupun aku sudah berusia, jadi aku cuba mngubah keluargaku. Sekarang aku sudah tua. Aku sedar, sekarang aku hanya mampu mngubah diriku. Kini aku sedar, kalau aku mngubah diriku,maka akan ada impak yang besar pada keluargaku. Kemudian perubahan itu boleh mngubah sesebuah kota, bangsa dan seterusnya dunia.

"Semua org islam WAJIB start dengan baiki diri sendiri. Kesempurnaan itu dapat dilihat bila dia dah ada beberapa perkara yg dapat angkat level(darjat) diri dia, dan perkara yg dia ada tu mnjadikan si dia ni mampu mmikul tanggungjawab amal islami (contohnya dakwah)"                           - asy-syahid Imam Hasan al Banna

Perkara2 tersbut ialah .... jeng3
...::: 10 Muwasofat Tarbiyyah :::...
1. Salimul Aqidah - Aqidah yg sejahtera
2. Qawiyul Jism - Kuat tubuh badan
3. Matinul Khuluq - Akhlak yg mantap
4. Qadiran ala kasbi - Mampu berdikari
5. Mutsaqqafal Fikri - Berpengetahuan luas
6. Mujahadah Ala Nafsi - Mampu melawan nafsu
7. Munazzamun Fi Syuunihi - Tersusun dlm urusan
8. Sahihul Ibadah - Ibadah yang betul
9. Haarithun Ala Waqtihi - Menjaga waktu
10. Nafi'un Li Ghairihi - Berguna untuk orang lain

Kenalilah Tuhanmu, Perbaiki dirimu, Ajaklah orang lain, Dirikanlah daulah islam di hatimu nescaya ia akan tertegak di bumi mu - Asy syahid Imam Hassan al Banna

keseluruhannya, kredit untuk post sini milik beliau, asy-Syahid Imam Hassan al Banna

Seringkali kita suka mempedengarkan, tetapi kita lupa untuk mendengar.
Ya, kadang2 kita rasa diri sudah hebat. Rasa baik, takde masalah, enjoy je.
Tapi, btulkah itu yg kita nak??
Bukankah, apabila tuhan ingin memberi kebaikan kpd hamba-Nya, maka tuhan akan memberi ujian kepadanya? (rujuk hadith riwayat Bukhari) Maka, kalau kita rilek2 rase diri tak kne uji? Maknanya ...

Adakah tuhan tidak ingin lagi memberi kebaikan kepada kita?

Tidak hairanlah jika ada orang2 (baca: ramai manusia, bukan orang sawah padi) yg meminta ujian daripada tuhan mereka. Kerana ujian itu peeringatan. Bak kata orang, marah tu tandanya sayang.
Ok, bukanlah maksud saya, kita perlu cari pasal, dan buat dosa dgn sengaja.

Cuba kita renung balik, dosa2 silam yg kita pernah lakukan. Ada masanya, kita perlu masa berseorangan dan menempelak diri sendiri. Jangan kita rasa diri kita suci daripada dosa, kerana sedangkan Baginda sendri meminta ampun daripada tuhan lebih 70 kali sehari. Apa kita rasa diri sudah lebih baik drpd baginda? Humph, dasar umat tak sedar diri.

Cuba renung balik dosa2 yg pernah dibuat oleh tangan kita ini. Tidakkah kelihatan cairan dosa yg hitam dan busuk, menitik2 pekat ke tanah? Cuba check balik hati kita, apakah sudah bersawang atau sudah pun membusuk kerana menjadi bangkai mati yg terbiar terlalu lama? Cuba ketuk dada tanya iman, "Hello! Iman! Are you there?" . Hurmm ... perlu dijenguk selalu, kerana kalau iman hilang, ke mana akan perginya tubuh badan itu kalau bukan ke ketuhar mega ...
Dan jangan lupa bawa buah tangan untuk hati yang kelaparan dan sakit itu. Errr, surat cinta dari Tuhan sudah dibuka ke?

Kalau masih lagi terasa tidak berdosa ... apakah maksudnya?

Apabila hati sudah tidak dahagakan hikmah, apa maknanya?

Bila mulut lebih suka menyampaikan daripada bertanya, apa maknanya?

Wahai penyampai, ketahuilah bahawa tiada manusia yg lebih layak kau ubah melainkan dirimu sendiri.

"Andai tertegak daulah islamiah dalam dirimu, akan tertegaklah daulah islamiah di tempatmu"

kisah keropok putar2 - jauhilah dosa walau sekecik mana


Teringat saya suatu masa dahulu, ketika masih di zaman kanak-kanak riang
sangat seronok apabila dapat membeli twities a.k.a. jajan di kedai runcit Ah Lim
"Eleh, apa yang seronok sangat nyer? Ntah ape ape" , ish, lepak ar .. orang tengah semangat nak berceritera ni
masalah pertama, sudah semestinya suara mama yang "Keropok tu tak elok. Ni, makan sayur ni!". Heh, suara itu masih segar dalam ingatan seolah-olah baru semalam Mama mengucapkannya. Oh o_O, memang ada pun beliau cakap semalam.
maka, bermulalah misi mustahil ke tiga belas (mission impossible 3). Menunggu mama beradu di kamar, mencapai kenderaan 500 cc beroda tiga, mengayuh ke kedai Ah Lim tanpa dikesan.
dan akhirnya, tiba di rumah semula dengan sebungkus besar koropok putaran (errr ... twist itu maksudnya putar bukan? Mr. Dictionary saya sedang menyorok).
kini, masalah kedua timbul, bagaimana ingin membuka plastik bungkusan ini? almaklumlah, kudrat seorang budak tadika.
maka, teruslah ke dapur, mengambil gunting, dan di potong lebih kurang setengah sentimeter, kemudian disiat sesenangnya.
Sedang asyik menikmati keropok putaran itu, tiba2 terfikir pula, "kenapa apabila dipotong sedikit sahaja, tiba-tiba menjadi senang untuk dibuka?"

lalu. saya bertanya kepada Mama yang sedang memasak di dapur (dah bangun, bukan mama no.2)
mama pun menjawab dengan suara yang sangat lembut sepenyayang seorang ibu kepada anaknya :
"Memangla. Kalau kita potong sikit je, maka tempat tu dah jadi tak kuat, sebab tu senang koyak.
Macam tu jugak dengan kita. Bila kita buat benda jahat yang kecik je, macam menipu, kejahatan menipu tu akan buat kita jadi tak kuat.
lepas tu, senang lah syaitan nak suruh kita buat benda jahat yang besar-besar , macam mencuri"

Wah, bersinar-sinar mata mendengar kata-kata hikmah dari mama. "ooh, macam tu. Maceh (Terima kasih) ye mama"
setelah itu, saya berlari semula mendapatkan plastik bungkusan keropok putaran, dan menyambung aktiviti mengunyah di hadapan televisyen.
kemudian, seperti loceng yang baru dibunyikan di dalam kepala, "Eh, mama dah tau la yang tadi tu, adik pergi beli keropok senyap-senyap"
Treng treng treng ... kantoi sudah.

hahaks.
"Syaitan sudah berputus asa dalam menggoda kamu dalam hal-hal besar
maka berwaspadalah kamu dalam hal-hal kecil"

Tuesday, 1 January 2013

Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh As Syahid Imam Hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalam hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Pada 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwan Muslimin

Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.


Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..

Menubuhkan lkhwan Muslim

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.

Setelah berkhidmat selama 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.

Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita- cita perjuangan dengan tegas.


lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan
 kesemuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan hasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.

Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan
 sebagai negara yang moden dan makmur.


Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna

Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestin dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.

Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena tembakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

Pengurusan Jenazah

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa- apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pemerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pemerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pemerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.

Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.

Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan-tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,

Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi
rujukan dan pegangan pejuang-pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.