Tolonglah, aku merayu padamu
izinkan aku mngemis di bawah teduhan cintamu
kerana hatiku seolah2 berhenti bernafas tanpa hadirmu
walau sedaya upaya aku cuba mndekatimu
ku rasakan diri ini trlalu lemah utk mmbuktikan cinta ini
walau sekuat mana ombak cintaku padamu mghempas pantai hatiku
ku sedar cintaku padamu tak mungkin dapat mnyaingi cintamu padaku
aduh ... malunya aku. Aku sering mengecewakanmu, mnghampakanmu
walau berapa kali aku berjanji utk mnjadi yg trbaik utkmu
walau ratusan kali aku bersumpah akan mlakukan apa shj utkmu
walau ribuan kali aku bertekad utk menjadi seseorg yg layak berada disisimu
aku ... tersungkur ... hingga punah harapanku ...
seolah2 aku dapat melihat kunci kpd pintu cintamu
hampir2 aku dapat mngetuk pintu kasihmu
tiba2 aku tersungkur lagi, ibarat burung patah sayapnya
kelihatan sudah terlalu dekat, namun .... masih diluar capaianku
alangkah cemburunya aku melihat kekasih-kekasihmu
yg hati2 mereka tenang ditenggelami lautan kasihmu
sedang hatiku ... hampir2 sudah sirna cahay harapan
ku dahagakan cintamu ... ku impikan kasihmu ... aku ...
atau apakah cintaku padamu selama ini palsu?
apakah aku hanya berpura2 selama ini dgn diriku?
adakah aku mmg ditakdirkan utk mnjadi makhluk yg hidup dalam fatamorgana?
di mana harapan itu hanya dapat dilihat oleh mata, namun tidak pernah ada ...
seperti melihat cahaya yg ada disebalik pintu
dan kuncinya sudahpun berada di tgnku
namun tgn ini tidak mmpu utk mmbukanya ...