Tuesday, 26 February 2013

kisah Uwais al-Qarni , dipetik drpd buku Ibnu al-Jauzi

ade org kata, kalau kita nak tau baik ke tidak org tu, tgok brapa rmai yg smayangkan dia bila dia dah mati. Betul ke tidak? well, ini ada satu cerita pasal Uwais al-Qarni.

Satu group (rombongan) dari Iraq pergi ke Madinah. On the way, diorg trjumpa seorg lelaki dlm keadaan yg daif - wajahnya pucat,pakaiannya bertampal, jalan bertongkat dgn mmbawa bekal prjalanan.

Diorg pun kata pd org yg brwajah pucat tu : "Kamu ni pasti seorg hamba sahaya". Maka lelaki itu mengiyakannya. Anggota group itu bertanya lagi : "Pasti kamu hamba yg jahat, yang lari drpd tuannya" . Lelaki tu mngiyakan lagi. So, anggota group tu makin kerek (angkuh) ar dan kata pulak : "Cuba tgok, cmne keadaan ko lepas brjaya lari drpd tuan ko. Klau sekarang ni ko maasih lg bertugas sbg hamba kpd tuan ko tu, msti keadaan ko x teruk mcm ni. Sayangnya, ko ni hamba sahaya yg jahat dan x bertanggungjawab" . ((Note : kalau seseorg tu mmg dah sah jd hamba kepada tuannya yg merupakan seorg manusia dgn cara yg sah, maka mmg salah hamba tu kalau hamba tu lari drpd tuan dia.))

Lelaki brwajah pucat tu jwb : "Benar, Aku mmg hamba yg jahaat. Tuan aku tu punye la sebaik2 tuan. Mmg aku melalaikan kewajipan aku. Kalau la aku mntaati-Nya dan mncari keredhaan-Nya, tentulah keadaan aku tak mcm ni" . Then lelaki tu mnangis trsedu2 mcm nak mati, smpai org kat skeliling tu pun rasa sedih gak. Diorg sangka , "tuan" yg dimaksudkan oleh hamba brwajah pucat tu ialah tuan manusia, padahal hamba brwajah pucat tu ckp pasal Tuhan Yang Maha Perkasa.

Then, ada la anggota rombongan tu yg offer dia utk bawak dia balik ke pangkuan tuan dia. Hamba tu pun stuju je, dan join rombongan tu. Anggota rombongan tu pun patah balik ke Iraq setelah sampai di Madinah. Kat Madinah, diorg nmpak hamba tu singgah kat makam Nabi SAW.

On the way nak balik ke Iraq tu, masa diorg rehat pada satu malam, angin bertiup sgt kuat dan sume org rasa sejuk sgt2 mcm nak mati. Hamba tu tadi, dia dah berjanji utk tak mintak apa2 keperluan dunia daripada manusia. Kiranya kalau dia nak mintak pun, dia mintak dr Allah je. So, gitula dia tahan sejuk tak mintak selimut mahupun api drpd rombongan tu.

Esok harinya, rombongan tu siap2 nak truskan prjalanan. Diorg pun kejut la hamba tu, tp hamba tu dah meninggal kesejukan. Mula2 ahli rombongan tu mcm x peduli je, "buat apa kami nak uruskan jenazah hamba ni?". Tapi ada la sorg ahli rombongan tu yg soleh nasihat ke diorg, "Lelaki ni dah bertaubat. Nnti kalau Allah tye, kenapa kita tak lksanakan tanggungjwab mngurus mayat ni, korg nak jawab apa? Baik la kita uruskan dulu, bru kita smbung perjalannan."

Mereka berkata lagi "Kat sini x de air". Pemandu jalan pulak kata, mata air terdekat jaraknya satu jam perjalanan. So, pemandu jalan dgn sorg ahli rombongan tu pun amik baldi dan berangkat ke situ. TIBA2 (jeng jeng jeng) diorg berdua terjumpa satu aliran sungai kecil, padahal kat situ sepatutnya x de air lgsung. Pemandu jalan tu pun kata " Tak pernah aku nmpak keanehan mcm ni. Spatutnya x de kat sini mahupun kat sekitar tmpat ni".

Then si pemandu jalan pun balik ke group rombongan tu dan kata "Air sgt banyak dekat sini. Korg kena sediakan utk hangatkan air sbb cuaca sgt sejuk". Beberapa org brgegas utk amik air tu, tapi diorg terkejut sbb air tu mmg dah panas!!!

Diorg mula cuak dan terfikir bahawa si arwah bukan calang2 org.

Diorg pun stat la gali kubur. Bila diorg gali tu, tanah rasa lembut sgt mcm butter , so sng la diorg nak gali. Selain tu, liang lahad pulak bau mcm kasturi. Diorg check balik tanah drpd liang lahad tu. Rupanya mcm tanah biasa je, tapi baunya , perghh, wangi.

Then, diorg berebut nak mandikan jenazah dan nak kapankan jenazah. Last2, diorg setuju nak dermakan secebis kain setiap sorg utk kapankan arwah yg hebat tu. Aku x tau la, diorg tampal2 kain tu pakai selotep ke cmne ke, tapi gitu la crite nya.

Diorg jugak catat setiap ciri2 arwah dan perkataan yg diucapkan oleh arwah. Mana la tau, ade org Iraq yg kenal si arwah ni.

Masa nak mandikan jenazah, diorg tanggalkan pakaian arwah tu. Tapi, diorg mndapati jenazah telah dikapankan dgn kain kapan yang sgt wangi - kain kapan dari syurga. Diorg pun rasa mnyesal atas kelakuan diorg yg mmandang rendah pada si arwah.

Kemudian, diorg nak smayangkan jenazah tu , (jari penulis pun da stat ketar dah ni) , bila je diorg angkat takbir, diorg dengar bunyi takbir bergema dari langit smpai ke bumi, dari timu smpai ke barat. Kaki2 diorg mnggeletar dan mata2 mereka trpejam. Sehingga diorg x dpt teruskan solat jenazah tu sbb diselubungi rasa takut yg luar biasa bila dengar suara2 yg dtg drpd atas kepala mereka.

Last2, diorg decide nak kuburkan jenazah dgn segera. Masa usung jenazah tu, jenazah tu tidok la trbang tapi rse ringan sgt. Selesai mngurus jenazah, diorg balik ke Iraq dan pergi kat masjid Kufah utk tye pasal lelaki tu.

Masyarakat Kufah kenal sgt2 bahawa itulah Uwais al-Qarni. Tangisan masyarakat Kufah pecah bergema atas kehilangn seorg ahli ibadah yg sgt diorg snjungi.

so ... statement kat atas skali yg mula2 tadi? Jujur, saya pun tak tau btul atau tak, tapi kalau pun btul, dan jenazah yang kita semayangkan tu baik, mungkin x ramai org yg semayangkan dia (mcm Uwais al-Qarni ni tadi) , tapi kita tak tau brapa ramai malaikat yg smayangkan dia. so... tak la pikir pasal jenazah org lain, baik ke jahat. Pikir jenazah kita nnti, selamat ke tidak.

Segala salah silap, harap maaf. Yg baik drpd Allah, yg buruk salahkanlah penulis. Eh, penaip. XD

dipetik drpd buku Ibnu al-Jauzi

Monday, 18 February 2013

Mengenang Sheikh Ahmad Yassin 1938- 2004


Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.
Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru ? gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.
Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti ? aktiviti islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.
Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah ? khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.
Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak ? anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian ? pelarian Palestin yang diberikan nama ?Mujamma al-Islam?.
Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai ?al-Mujahidun al-Filastiniyun? pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan ?Kataib Syuyukh? yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.
Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.
Melihatkan kepada kondisi Negara ? Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan ? rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid ? masjid dari kalangan orang ? orang muda yang dikenali dengan nama ?Atfal Hijarah? (Kanak ? kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai ?Intifadah?. Kesan dari ?Intifadah? ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan ? tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.
Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenajarakan kerana kejayaan operasi ? operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera ? tentera dan komando ? komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera ? tentera Zionis.
Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru ? parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang ? alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan..
Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.
Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.
Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap ? tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar ? Bandar, membunuh orang ? orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang ? pejuang Palestin dan pemimpin ? pemimpin mereka.
Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet ? jet pejuang, helikopter dan juga kereta ? kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain ? lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidkak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilaman sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.
Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.

Saturday, 16 February 2013

Halaqah - a.k.a. usrah
Penting ke? Buat tazkirah2 bese2 takleh ? Ada dalil ke ?

Ok, kita tgok zmn nabi dulu bahawa buat usrah adalah sunnah. Masa mula2 dulu, nabi slalu buat usrah dgn para sahabat di rumah al arkam bin abi al arkam.

Selain tu, masa usrah, boleh brlaku sharing masalah. Juga peningkatan skill2 spt mmasak, brcamping dll. Ukhwah pun mkin mntap.

So ... mcm mne nak carik usrah? Cuba contact mana2 ahli HALUAN yg trdekat dan tye, ada tak halaqah (a.k.a. usrah) kat kawasan kita tu. Dan ... Cikgu Aisyah Peong salah sorg ahli HALUAN. Rsenye dgn beliau pun boleh tye kot.

Ok, tu satu. pasal usrah / halaqah.

Bab 2, what is the relationship between love, and sacrifice, and cinta.
Tau tak knape nabi sayang gler kat Khadijah brbanding dgn istri2 baginda yg lain? Smpai Aisyah kate, x de pompuan lain yg dia lg cemburukan selain Khadijah, sedangkan Aisyah x penah jumpe Khadijah. Nma Khadijah sentiasa bermain di bibir baginda SAW. Smpaikan dgn kerabat2 Khadijah pun, nabi layan dgn cukup baik. Bayangkan, bagaimana isteri muda (Aisyah) boleh cemburu pada isteri yg sudah pun mninggal dunia (Khadijah) . Malah, klau kita check balik, nabi x sggup brmadu smasa berkahwin dgn khadijah.

Smpailah Aisyah (bengang agaknya) dan tye pada baginda SAW, knapa baginda SAW syg sgt kat Khadijah? Nabi jawab :
" Kerana dia beriman semasa org lain sume kafir. Sbb dia tolong aku masa sume org lain tentang aku. " . Panjang lagi sbenanye hadith tu, tp ana x ingat sgt la. Anyway, jwpn nabi tu mmg nabi nk kata bahawa istri2 baginda yg lain mmbantu baginda smasa baginda (boleh thn) senang, sedangkan KHADIJAH MMBANTU BAGINDA KETIKA BAGINDA SUSAH.

So, apa dia resipi rahsia yg mmbuatkan KHADIJAH berjaya menawan hati MUHAMMAD bin Abdullah SAW begitu skali?
PENGORBANAN
Ya, cinta itu msti dibuktikan melalui pgorbanan. So, kalau antum mngaku cintakan ALLAH dan Rasul SAW, tidak boleh tidak, antum msti bersedia utk BERKORBAN apa yg perlu utk mmbuktikan cinta itu. Dan, utk mmastikan bahawa cinta itu bukan cinta palsu.

Allah telah membeli harta dan diri org2 beriman dgn mmberi mereka syurga!! That's the price. Take it or leave it.

Ok, rse nak tmbah boleh tmbah.Pnjg lg sbenanye, tp ... takkan nk tulis sume kot.

Smoge kita sme2 mnjadi pnolong-Nya yg mndapat kasihan-Nya dan Maghfirah-Nya.

"Jika ALLAH mngasihi hamba-Nya itu, Allah akan mmpergunakannya" - jadi, bila kita dpt tugasan (sbg pemimpin atau pekerja dll) , anggap tu tanda Allah nk beri kita peluang utk buktikan cinta kita kpd-Nya.

Sedangkan, cinta Allah kpd kita sgt hebat, kalau dicampurkan cinta semua makhluk di dunia ini - cinta ibu2 kpd anak2 mereka, cinta suami kpd isterinya, cinta kita kpd Allah sekalipun - tak mungkin dpt mnandingi hebatnya cinta Allah kpd hamba-hamba-Nya. Malah, x smpai 1 percent pun.

So ... dont expect this path of achieving this great love would be easy. Just get ready, for the tougher the obstacle, the greater the reward waiting for you.