ade org kata, kalau kita nak tau baik ke tidak org tu, tgok brapa rmai yg smayangkan dia bila dia dah mati. Betul ke tidak? well, ini ada satu cerita pasal Uwais al-Qarni.
Satu group (rombongan) dari Iraq pergi ke Madinah. On the way, diorg trjumpa seorg lelaki dlm keadaan yg daif - wajahnya pucat,pakaiannya bertampal, jalan bertongkat dgn mmbawa bekal prjalanan.
Diorg pun kata pd org yg brwajah pucat tu : "Kamu ni pasti seorg hamba sahaya". Maka lelaki itu mengiyakannya. Anggota group itu bertanya lagi : "Pasti kamu hamba yg jahat, yang lari drpd tuannya" . Lelaki tu mngiyakan lagi. So, anggota group tu makin kerek (angkuh) ar dan kata pulak : "Cuba tgok, cmne keadaan ko lepas brjaya lari drpd tuan ko. Klau sekarang ni ko maasih lg bertugas sbg hamba kpd tuan ko tu, msti keadaan ko x teruk mcm ni. Sayangnya, ko ni hamba sahaya yg jahat dan x bertanggungjawab" . ((Note : kalau seseorg tu mmg dah sah jd hamba kepada tuannya yg merupakan seorg manusia dgn cara yg sah, maka mmg salah hamba tu kalau hamba tu lari drpd tuan dia.))
Lelaki brwajah pucat tu jwb : "Benar, Aku mmg hamba yg jahaat. Tuan aku tu punye la sebaik2 tuan. Mmg aku melalaikan kewajipan aku. Kalau la aku mntaati-Nya dan mncari keredhaan-Nya, tentulah keadaan aku tak mcm ni" . Then lelaki tu mnangis trsedu2 mcm nak mati, smpai org kat skeliling tu pun rasa sedih gak. Diorg sangka , "tuan" yg dimaksudkan oleh hamba brwajah pucat tu ialah tuan manusia, padahal hamba brwajah pucat tu ckp pasal Tuhan Yang Maha Perkasa.
Then, ada la anggota rombongan tu yg offer dia utk bawak dia balik ke pangkuan tuan dia. Hamba tu pun stuju je, dan join rombongan tu. Anggota rombongan tu pun patah balik ke Iraq setelah sampai di Madinah. Kat Madinah, diorg nmpak hamba tu singgah kat makam Nabi SAW.
On the way nak balik ke Iraq tu, masa diorg rehat pada satu malam, angin bertiup sgt kuat dan sume org rasa sejuk sgt2 mcm nak mati. Hamba tu tadi, dia dah berjanji utk tak mintak apa2 keperluan dunia daripada manusia. Kiranya kalau dia nak mintak pun, dia mintak dr Allah je. So, gitula dia tahan sejuk tak mintak selimut mahupun api drpd rombongan tu.
Esok harinya, rombongan tu siap2 nak truskan prjalanan. Diorg pun kejut la hamba tu, tp hamba tu dah meninggal kesejukan. Mula2 ahli rombongan tu mcm x peduli je, "buat apa kami nak uruskan jenazah hamba ni?". Tapi ada la sorg ahli rombongan tu yg soleh nasihat ke diorg, "Lelaki ni dah bertaubat. Nnti kalau Allah tye, kenapa kita tak lksanakan tanggungjwab mngurus mayat ni, korg nak jawab apa? Baik la kita uruskan dulu, bru kita smbung perjalannan."
Mereka berkata lagi "Kat sini x de air". Pemandu jalan pulak kata, mata air terdekat jaraknya satu jam perjalanan. So, pemandu jalan dgn sorg ahli rombongan tu pun amik baldi dan berangkat ke situ. TIBA2 (jeng jeng jeng) diorg berdua terjumpa satu aliran sungai kecil, padahal kat situ sepatutnya x de air lgsung. Pemandu jalan tu pun kata " Tak pernah aku nmpak keanehan mcm ni. Spatutnya x de kat sini mahupun kat sekitar tmpat ni".
Then si pemandu jalan pun balik ke group rombongan tu dan kata "Air sgt banyak dekat sini. Korg kena sediakan utk hangatkan air sbb cuaca sgt sejuk". Beberapa org brgegas utk amik air tu, tapi diorg terkejut sbb air tu mmg dah panas!!!
Diorg mula cuak dan terfikir bahawa si arwah bukan calang2 org.
Diorg pun stat la gali kubur. Bila diorg gali tu, tanah rasa lembut sgt mcm butter , so sng la diorg nak gali. Selain tu, liang lahad pulak bau mcm kasturi. Diorg check balik tanah drpd liang lahad tu. Rupanya mcm tanah biasa je, tapi baunya , perghh, wangi.
Then, diorg berebut nak mandikan jenazah dan nak kapankan jenazah. Last2, diorg setuju nak dermakan secebis kain setiap sorg utk kapankan arwah yg hebat tu. Aku x tau la, diorg tampal2 kain tu pakai selotep ke cmne ke, tapi gitu la crite nya.
Diorg jugak catat setiap ciri2 arwah dan perkataan yg diucapkan oleh arwah. Mana la tau, ade org Iraq yg kenal si arwah ni.
Masa nak mandikan jenazah, diorg tanggalkan pakaian arwah tu. Tapi, diorg mndapati jenazah telah dikapankan dgn kain kapan yang sgt wangi - kain kapan dari syurga. Diorg pun rasa mnyesal atas kelakuan diorg yg mmandang rendah pada si arwah.
Kemudian, diorg nak smayangkan jenazah tu , (jari penulis pun da stat ketar dah ni) , bila je diorg angkat takbir, diorg dengar bunyi takbir bergema dari langit smpai ke bumi, dari timu smpai ke barat. Kaki2 diorg mnggeletar dan mata2 mereka trpejam. Sehingga diorg x dpt teruskan solat jenazah tu sbb diselubungi rasa takut yg luar biasa bila dengar suara2 yg dtg drpd atas kepala mereka.
Last2, diorg decide nak kuburkan jenazah dgn segera. Masa usung jenazah tu, jenazah tu tidok la trbang tapi rse ringan sgt. Selesai mngurus jenazah, diorg balik ke Iraq dan pergi kat masjid Kufah utk tye pasal lelaki tu.
Masyarakat Kufah kenal sgt2 bahawa itulah Uwais al-Qarni. Tangisan masyarakat Kufah pecah bergema atas kehilangn seorg ahli ibadah yg sgt diorg snjungi.
so ... statement kat atas skali yg mula2 tadi? Jujur, saya pun tak tau btul atau tak, tapi kalau pun btul, dan jenazah yang kita semayangkan tu baik, mungkin x ramai org yg semayangkan dia (mcm Uwais al-Qarni ni tadi) , tapi kita tak tau brapa ramai malaikat yg smayangkan dia. so... tak la pikir pasal jenazah org lain, baik ke jahat. Pikir jenazah kita nnti, selamat ke tidak.
Segala salah silap, harap maaf. Yg baik drpd Allah, yg buruk salahkanlah penulis. Eh, penaip. XD
dipetik drpd buku Ibnu al-Jauzi
No comments:
Post a Comment