Monday, 31 December 2012

Main kutuk2? Gurau je?

disclaimer : saya bukan mnafsir ayat ini ya. saya cuma mnghuraikan brdasarkan apa yg saya tahu. moga bermanfaat. tafsiran sebenarnya, wallahu'alam
Wahai org2 beriman, jgnlah satu kaum merendahkan kaum yg lain, kerana mungkin (atau semoga) yg direndahkan itu lebih baik drpd yg merendahkan ... jgn kutuk diri sndiri dan jgn panggil org lain dgn gelaran buruk . sebruk2 glaran setelah kmu beriman ialah "FASIQ" . dan siapa yg tak brtaubat maka dialah org yg zalim. _ quran. surah alhujurat

tarik nafas panjang. lepas slow2. Huh, bukan senang nak tulis psl bab ni.
ok, here we go.
nmpak tak bagaimana ayat ni MELARANG org2 yg beriman drpd mengutuk atau mrendahkan org lain, malah mngugut bahawa org yg mgutuk org lain akan direndahkan martabatnya. Ini dapat dilihat drpd kata ahli Sufi Hassan al-Basri : Pernah aku lihat seseorg yg tiada cacat cela. Kemudian, dia suka mncela org. Akhirnya, semua org jumpa cacat cela pd diri dia lalu mncelanya. Pernah (pula) aku jumpa seseorg yg byk cacat celanya. Tapi, dia TAK pernah mncela org lain. Maka tak de org prasan cacat cela pada diri dia"

lepas larangan tu, tiba2 je disebut "seburuk2 gelaran selepas kmu beriman ialah fasiq". Agak2 knapa? Kat sini, koi nmpak bahawa, org2 beriman diperingatkan mgenai seburuk2 glaran , FASIQ. Berdasarkan hadith riwayat Bukhari "memaki org mukmin itu (akan mnyebabkan pelakunya) fasiq ...". Nah! Pek tampar dahi. Nampak ni, ayat ni bukan main2 ni. Muka ketat memikir. eh2! knape keyboard rse mcm keras smacam?

eherm. Kita masih lagi di situ. Cuba tgok balik kata2 "seburuk2 gelaran" di situ. YA! Bi'sa al-Ismu al-Fusuuq . Bukan kah murtad seburuk2 gelaran? atau Fasiq itu mmg lebih truk drpd murtad? Allah... Wallahu'alam. Itu tidak saya tahu, tpi yg pasti, kedua2 glaran itu sume tak best. JOM kita buat undian, SIAPA YG NAK JD SEBURUK2 GLARAN, SILA ANGKAT TGN! eheh
seumpama brtanyer sape nak msuk nraka ...

diblakang ayat, disebut bhawa org tak brtaubat ialah org yg zalim. YA! Kita diperingatkan oleh-Nya utk bertaubat. Walaupun kita mmperoleh seburuk2 gelaran, pintu taubat sntiasa trbuka buat kita. Malah, walau dosa kita sepenuh langit dan bumi! Eh, mana dtg air yg mnitik ni? Hujan lagi kah?
eheherm...
"Bertakwalah kmu di mana shaja kmu berada
Ikutlah kejahatan itu dgn kebaikan, nescaya kebaikan itu akan memadamkannya
Dan bergaullah dgn manusia dgn akhlak yg baik" - HR Tirmidzi

brtaubat, baiki akhlak, brdoalah kpd-Nya agar Dia menerima amalan kita.
"akhlak buruk itu merosakkan amalan baik seperti api memakan kayu api dan seperti cuka merosakkan madu " peringatan drpd Murabbi agung diriwayatkan oleh Ibnu Majah

mungkin ada yg akan berkata : Hei adik akhmaq! Kiteorg ni kutuk sikit2 je lah. Bergurau je. Na mengeratkan silaturrahim . Kau tahu ke niat kiteorg?

Hurmmm ... ya ya ... sering kali saya dengar itu apabila saya menyentuh hal ini

maka, saya nak soal anda

1. Adakah anda yakin bahawa anda boleh membuat dosa semata-mata untuk mengeratkan persahabatan anda? Bukankah tuhan lebih tahu? Pada hemat saya, bila tuhan sudah melarang, maka pastinya perkara itu membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Jika amalan kutuk mengutuk boleh mengeratkan silaturrahim dengan baik, pasti agama akan membenarkannya bukan?

2.Takde cara lain ke untuk mengeratkan persahabatan? Nabi dah tunjuk banyak cara seperti memberi salam, dan solat berjemaah.

3. Lagi sekali, adakah anda yakin bahawa amalan "bergurau kasar" anda itu boleh benar2 mengeratkan silaturrahim.Yang saya nampak, persahabatan yg terjalin daripada dosa hanyalah persahabatan palsu. Tak percaya? cuba test sendiri, apa betulkah sahabatmu itu sayangkan kamu seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.

Saya yakin sekali, amalan kutuk mengutuk ini hanya akan melemahkan kepercayaan sesama sahabat. Saya pernah rasa, saya tau la. eheh. 

No comments:

Post a Comment