Just a blog, sebagai peringatan kepada diri sendiri sebenarnya. Sebelum apa2, saya betul2 sarankan anda pergi ke blog angelpakaigucci. Seriously, that is my favourite. http://angelwearsgucci.blogspot.com/
Monday, 31 December 2012
Pak Cik vs Doktor - kisah betapa lucunya kita (fahamilah al-Quran)
sebagai seorg doktor, memang macam2 jenis orang yg kita jumpa
malah, ada seorg pak cik yg buat saya tersentak seketika
pada satu pagi, di sebuah klinik kerajaan :
P (Pak Cik): Assalamualaikum doktor
S (saya) : waalaikum salam pak cik (dgn senyum yg cuba diikhlaskan setulus mungkin)
P : Saya ni, sebenarnye dah tiga hari demam. Nak pergi menoreh pun susah
S ; oh, camtu. Cuba saya check suhu pak cik (dgn suara selembut mungkin. eheh)
P : hah? apa?
S : bukak mulut, saya check panas badan pak cik.
P : apa??
S : (ooh, pak cik ni tak brape dengar agaknya) bukak mulut... AAAAA (nganga mulut sambil tunjuk ke arah bibir beliau)
P : (mgangguk lalu bukak mulut)
S : ooh, demam pak cik ni tak brape panas.
P : mintak maaf la nak. Pak cik ni tak brape denga
S : hurmmm ... (fikir kejap. Mngambil sehelai kertas dan sebatang pensil. Tulis tulis tulis) Nah pak cik. Baca ni.
P : (mgambil kertas yg diberi lalu dibacanya) "makan panadol 3 kali sehari lepas makan nasik.minum air banyak2. rehat cukup2" .
S : haa (angguk. nasib baik pak cik boleh baca, tak brape rabun. Eh2, hebat gak pak cik jaga mata dia.)
P : ok, terima kasih ya nak.
S : sama2 pak cik :) (kesian pak cik tu)
seminggu kemudian
P : dokter, demam saya ni tak baik2 pun
S : (mggaru kpala) Pak cik buat tak apa yg saya suruh?
P : buat. tiap2 hari pak cik baca. bangun tidur pak cik baca. nak tidur pun pak cik baca. nak pergi menoreh pun pak cik baca lagi. tapi, tak rasa berkurang langsung demam pak cik ni.
S : P...P...pak cik baca je?
P : ye la, tu yg dokter suruh.
S : (tepuk dahi) Pak cik nak pergi ke bahagian psikatri tak?
P : hah? psikatri tu ape pulak? teruk ke demam pak cik ni?
S : errr... tak tak tak ... saya gurau je tadi tu.
Kuang3
kemudian, saya terpaksa mengexplen smula arahan yg saya tulis atas kertas trsebut smpai pak cik tu paham.
weee ... klaka pak cik tu kan?
tapi tau tak , kita pun slalu buat bende klaka yg pak cik tu buat
"hei, mana ada. kami tak pernah buat bingung sebegitu.kalau dah disuruh baca, mesti la buat apa yg dibaca"
ahah! Anda dpt titik saya (baca : you get my point!)
bukankah ayat pertama diturunkan dlm al-Quran ialah "Iqra'" ? "bacalah" . "Bacalah dengan nama tuhanmu yg menciptakan semua makhluk"
dah tu, nk buat apa? Baca je quran tu? BACA JE??
wakaka, tak ke perangai anda itu seperti org yg bingung spt pak cik dlm cerita di atas itu tadi?
sedarlah, al-Quran itu surat perintah drpd tuhan kepada kita. agar kita buat apa yg tertera di dlm lembaran2 itu. bukan BACA JE (JE tu kuat sikit bunyiknya. eheh).
so ... jgn jadi bingung ye XD
berusahalah utk memahami apa yg kita baca, dan amalkannya ye XD
(jgn malas sgt. berlambak al-quran terjemahan yg terjual di kedai2 di luar sana)
well, maybe ada yg akan kata : Hei! mana boleh tafsir quran ikut sesedap rasa
baiklah. Saya tidak mnyuruh anda menafsirnya sendiri. Kalau boleh, biar ada rujukan seperti kitab tafsir. malah, kebanyakan al-quran terjemahan di luar sana disertakan dgn huraian ringkas supaya anda boleh memahaminya kan?
kalau masih ada ayat yg sukar utk difahami, sabar. simpan ayat tersebut dan pergi berjumpa dgn org yg lebih pakar. Imam masjid selepas solat jumaat pun boleh, barangkali.
ingat, al-Quran itu, penulisnya Allah, the best writer of all. Maka, kalau Allah NAK kita fhm al-Quran, pasti kita akan memahaminya. Maka, mintalah byk2 kpd Allah agar kita diberi kefahaman tentang apa yg kita baca.But, dont expect to understand the full meaning of it if you read it too fast. Lepas baca satu ayat, luangkanlah beberapa ketika utk menghadamkan ayat tersebut. malah, Ramai ulama2 dulu sering ulang2 baca satu ayat dari malam sampai pagi.
Kata S. Ali : tidak ada kebaikan pada satu ayat yg tidak disertakan dgn maknanya
kata Nabi SAW : Hebatnya al-Quran berbanding dgn tulisan lain, adalah ibarat hebatnya ALLAH berbanding semua makhluk
selamat beramal. Tak mau malas2 XD
P/s : kpd yg baca quran pun malas, baca laa. Best tau. Ramai kawan saya, yg bru brjinak2 utk baca al-quran, mngaku terasa keseronokan yg entah-dari-mana apabila baca al-quran berserta terjemahan.
malah, dalam tu, ada klu kpd semua masalah. bak kata S. Abu Bakar , kalau beliau hilang seutas tali pun, beliau akan jumpa tali itu selepas baca al-Quran (saya pun pernah buat bila dompet saya hilang. lepas baca beberapa ayat yg saya selalu baca, tiba2 saya tertengok ke bwh katil dan jumpa wallet yg mnyorok itu. Mmg alhamdulillah)
XD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment